Jumaat, 24 April 2009

Mybrute tidak melalaikan

Mybrute adalah satu game menghilangkan bosan ketika melayari internet. Pada pendapat saya, game ini adalah gabungan antara 'browsing game' dengan 'flash game' yang menjadikannya lebih menarik dan interaktif untuk dimain. Tetapi flash itu hanya digunakan pada babak perlawanan. Sebentar lagi saya akan ceritakan pengalaman saya bermain Mybrute ini.

Pada mulanya, seorang sahabat mengajak saya bermain permainan ini dengan mendaftarkan diri dibawah ID Mybrute-nya. Dan saya pun mula bermain dengan watak bernama Si Ganas. Pada awal permainan saya bernasib baik kerana memang disertakan senjata untuk berlawan dengan brute-brute yang lain. Saya terus bermain sehingga habis 6 perlawanan untuk hari pertama mendaftar dan berjaya terus ke Level 2. Hari seterusnya, hanya ada 3 perlawanan. dan juga seterusnya. Sungguh menyedihkan. Tetapi saya terus bermain kerana seronok.



Apa sebab saya seronok main game ini?

Semuanya kerana game ini hanya melibatkan penggunaan 'mouse' sahaja. Sebab itulah saya minat. Mudah. Pilih brute yang hendak dilawan di menu "ARENA". Lepas itu, "START FIGHT". Tunggu dan lihat perlawan hingga habis. Boleh kata, game ini adalah macam berjudi. Nasib. Macam-macam boleh jadi walaupun brute anda kuat. Walaupun begitu, game ini tetap seronok dimainkan ketika bosan. Game ini tidak akan menyebabkan anda lalai kerana perlawanan terhad kepada 3 perlawanan sahaja setiap hari. Jadi, tiada sebab untuk anda meninggalkan kerja atau pelajaran keran game ini.



Anda Mahu ada Brute sendiri?

1. Mula-mula pergi mendaftar di laman web MyBrute

screenshot jika mengguna link Laman Mybrute saya



2. Kemudian buat watak MyBrute anda.
  • Buatkan nama untuk brute anda
  • pilih bentuk watak
  • pilih warna watak
  • kemudian klik "VALIDATE"



3. Maka, siaplah watak Mybrute anda. Boleh mula berlawan.


contoh bentuk profile Mybrute milik saya



screenshot perlawanan Mybrute



Anda sekarang sudah disertakan dengan satu alamat web.
Contohnya http://brute-saya.mybrute.com

Dan link ini boleh digunakan untuk mengajak rakan Mybrute baru untuk mendaftar menjadi murid anda. Kelebihan ada murid pada Mybrute ialah experience anda boleh meningkat apabila ada murid yang meningkat Level.

Cubalah dulu permainan ini. Anda akan rasai pengalaman baru dalam dunia game internet.



1 ulasan:

  1. beb.. ko main travian, mybrute lg, minat punk lg.. cis.. kenapa sama minat ko ngan aku heheh

    sediakan widget follower kat tepi sidebar ko

    BalasPadam